Rugi Dalam Berjimat

Ironi bukan?

Kononnya nak berjimat. Tapi disebabkan nak berjimat itu kita rugi.

Contohnya.

Saya ingin jimat kos VPS. Jadi saya ambil VPS yang harganya lebih murah. Ya, saya jimat sedikit duit untuk kos VPS.

Isunya bukan pada VPS murah.

Isunya timbul bila server down.

Sebab apa server down?

Kebiasaannya, server down bila resource yang digunakan lebih dari apa yang ia mampu tampung.

Sebab apa tak nak server down?

Bila server down, semua website yang di host di server tersebut tidak boleh diakses. Bila website tidak boleh diakses, kita hilang potensi jana pendapatan.

Bila website down, ia akan beri bad experience kepada pengunjung website.

Kalau boleh kita tak nak mereka ada pengalaman bad experience ini. Sebab nanti mereka lari pergi ke website lain...

Satu lagi bila website down, kita akan rasa stress.

Ini pun kita tak mahu juga.

Bagaimana saya setup server sekarang?

Untuk situasi saya.

Server yang tergendala itu host beberapa website .

Website paling penting dalam server ini adalah website yang diguna untuk promosi produk affiliateWebsite ini sudah jana pendapatan dari affiliate setiap bulan.

Walaupun pendapatannya belum banyak, website ini sudah mampu bayar kos server setiap bulan dan juga kos renew domain setiap tahun.

Pada server yang sama juga, terdapat sistem autoresponder. Yang mana dalam sistem autoresponder ini telah disusun beberapa emel follow up untuk berinteraksi dengan subscriber.

Bila server downwebsite yang jana pendapatan dan sistem autoresponder, dua-dua tidak berfungsi.

Dah lah website downAutoresponder pun down juga.

Stress dua kali ganda.

Elakkan stress...

Cuba anda bayangkan.

Bila website yang belum jana pendapatan tergendala pun kita dah stress. Bagaimana pula bila website yang jana banyak pendapatan tergendala?

Agak-agak apa yang anda rasa?

Mesti lagi stress kan?

Buat lebih baik lagi...

Sebenarnya saya sedang tunggu promosi kemudian baru setup server lain pada harga yang lebih jimat. Sebab nak jimat, terpaksa stress kan diri bila server down.

Serik dah...

Sekarang saya setup server terus lain di Upcloud untuk asingkan website dan sistem autoresponder buat sementara waktu.

Nanti bila ada promosi, pindah guna server yang lebih jimat.

Pengajaran penting yang anda boleh ambil dari stori ini:

  1. Bila setup server sendiri, pastikan spesifikasi server anda itu sesuai mengikut keperluan website.
  2. Jika boleh asingkan sistem yang anda guna ke beberapa server berbeza.
  3. Website yang jana pendapatan untuk anda mesti sentiasa online.

Satu lagi.

Jika tak nak pening tentang isu server down, anda tidak digalakkan setup server sendiri.

Akhir Kata

Hendak berjimat itu tidak salah. Tetapi tak perlulah sampai ia menyebabkan kita stress. Tidak baik untuk kesihatan.