Isu Server Not Responding

Dah 2 tahun lebih saya gunakan vps untuk host semua blog dan web saya. Setakat Oktober 2019, saya dah cuba vps DigitalOceanVultr dan AliBabaCloud.

Antara 3 provider ini, saya masih guna vps dari DigitalOcean dan AlibabaCloud.

Bulan depan, cadangnya saya nak cuba pula vps Upcloud untuk gantikan vps AlibabaCloud sedia ada.

Sebab apa tukar?

Saya host blog saya di 2 vps.

host dekat DigitalOcean. 1 lagi host dekat AlibabaCloud.

Dua-dua vps ini okey.

Cuma saya hadapi 1 isu di AlibabaCloud yang mana saya tak rajin nak godek.

Apa isunya?

Server not responding.

Ini saja isunya.

Ada masa tertentu... server tak responding. Akses guna ssh tak boleh... Akses guna panel vps pun tak boleh.

Kesan paling tak best...

Semua blog dan web dalam vps ini tak boleh diakses.

Nak selesaikan isu ini mudah. Kita hanya perlu restart server. Lepas restart nanti server akan kembali beroperasi seperti biasa.

Punca terjadi memang boleh agak. Terlebih guna resource vps. Sebab ada plugin WordPress yang saya install, guna banyak resource.

Penutup

Moga lepas ini isu server not responding ini tak berulang lagi.

Jika tidak... mungkin sudah tiba masanya untuk upgrade server ke spesifikasi lain yang lebih tinggi.