Tips Buat Produk Mahal Rasa Murah

Apabila membeli produk yang mahal, biasanya prospek berasa takut dan teragak-agak untuk membuat keputusan membeli. Antara sebabnya ialah mereka takut ditipu.

Mereka juga takut duit yang bakal dibelanjakan itu tidak berbaloi.

Jadi,

Bagaimana Buat Produk Mahal Rasa Murah?

Kita perlu hilangkan perasaan takut prospek untuk membeli.

Kita boleh bantu mereka untuk buat keputusan dengan menunjukkan testimoni dari pelanggan yang telah pun membeli dan menggunakan produk yang ingin dipromosikan.

Testimoni Berpengaruh

Semasa mendapatkan testimoni dari pelanggan sedia ada, tanyakan soalan ini:

Berbaloi tak beli produk ini dengan harga RM XXX?

Komen pelanggan ini kemudian kita screenshot dan jadikan testimoni untuk ditunjukkan kepada prospek.

Penutup

Testimoni pelanggan sedia ada sangat berpengaruh. Ia membantu prospek untuk buat keputusan membeli. Lagi-lagi apabila produk yang dijual itu mahal.

Selamat Mencuba!

Nota: Artikel ini diolah dari perkongsian Tuan Suffian Salahudin.

Leave a Comment