Selamat Tinggal Upcloud

Dilema bila semua benda kita nak buat sendiri.

Kadang-kala kapasiti kita belum cukup untuk buat perkara yang mahu dibuat.

Contoh.

Saya dah setup server di Upcloud .

Dah siap pun.

Baru godek sikit-sikit untuk alihkan website affiliate ke server ini.

Tapi disebabkan timbul isu yang saya tidak boleh uruskan, atau tidak mahu pening kepala fikir, atau cari punca kenapa isu itu berlaku, saya kembali kepada default dulu.

Pengalaman urus server sendiri

Setakat ini, pengalaman urus server sendiri menggunakan DigitalOcean itu paling enak. Paling kurang timbul isu.

It just work!

Restart server pun laju. Rasa kejap saja tunggu.

Dan jika timbul isu, saya boleh selesaikan itu dalam waktu yang munasabah.

Jadi buat sementara ini kita kembali guna DigitalOcean dulu.

Nanti bila ada masa, kita godek-godek balik guna Upcloud.

Agaknya...

Ini sebabnya kenapa wujud kata-kata.

"If it ain't broke don't fix it."

Nak jimat punya pasal...

Sebelum pindah server ke Alibaba Cloud dan UpCloud, asalnya website affiliate yang ada pendapatan itu saya host kan menggunakan VPS DigitalOcean.

Gatal tangan pindah server sebab nak jimat USD1.25.

Tak apalah bayar lebih USD1.25.

Jika bayaran lebih itu dapat beri kedamaian jiwa.

Kira lepas setup server Digital Ocean nanti, saya ada 3 server.

1 server DigitalOcean, host website affiliate yang ada pendapatan.
1 server Alibaba Cloud, host sistem autoresponder.
1 server Alibaba Cloud, host lain-lain website.

Spesifikasi server saya tak tinggi pun. 1 cpu 1GB memory dan 25GB storage, harga USD5.

Untuk mula, spesifikasi server ini mencukupi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *