Rugi Dalam Berjimat!

Ironi bukan?

Kononnya nak berjimat. Tapi disebabkan nak berjimat itu kita rugi.

Contohnya.

Saya ingin jimat kos VPS. Jadi saya ambil VPS yang harganya lebih murah. Ya, saya jimat sedikit duit untuk kos VPS.

Isunya bukan pada VPS murah.

Isunya timbul bila server down.

Sebab apa server down?

Server down sebab ia guna resource lebih dari apa yang ia mampu tampung.

Sebab apa tak nak server down?

Bila server down, semua website yang di host pada server tersebut tidak boleh diakses. Bila website tidak boleh diakses, kita hilang potensi jana pendapatan.

Bila website down, ia beri bad experience kepada pengunjung website. Kita tak mahu mereka rasa bad experience ini. Mana tahu nanti mereka lari pergi ke website lain...

Satu lagi bila website down, kita akan rasa stress.

Ini pun kita tak mahu juga.

Bagaimana saya setup server sekarang?

Untuk situasi saya.

Server yang tergendala itu host beberapa website .

Website paling penting dalam server ini adalah website yang diguna untuk promosi produk affiliate. Website ini sudah jana pendapatan dari affiliate setiap bulan.

Walaupun pendapatannya belum banyak, website ini sudah mampu bayar kos server setiap bulan dan juga kos renew domain setiap tahun.

Pada server yang sama juga, terdapat sistem autoresponder. Yang mana dalam sistem autoresponder ini telah disusun beberapa emel follow up.

Bila server down, website yang jana pendapatan dan sistem autoresponder, dua-dua tidak berfungsi.

Dah lah website down. Autoresponder pun down juga.

Stress dua kali ganda.

Elakkan stress...

Cuba anda bayangkan.

Bila website yang belum jana pendapatan tergendala pun kita dah stress. Bagaimana pula bila website yang jana banyak pendapatan tergendala?

Agak-agak apa yang anda rasa?

Mesti lagi stress kan?

Buat lebih baik lagi...

Sebenarnya saya sedang tunggu promosi kemudian baru setup server lain pada harga yang lebih jimat. Sebab nak jimat, terpaksa stress kan diri bila server down.

Serik dah...

Sekarang saya setup server terus lain di Upcloud untuk asingkan website dan sistem autoresponder buat sementara waktu.

Nanti bila ada promosi, pindah guna server yang lebih jimat.

Perkara penting yang anda boleh ambil dari stori:

  1. Bila setup server sendiri, pastikan spesifikasi server anda itu sesuai untuk kegunaan website.
  2. Jika boleh asingkan sistem yang anda guna.
  3. Website yang jana pendapatan untuk anda mesti sentiasa online.

Satu lagi pesanan.

Jika tak nak pening tentang isu server down, anda tidak digalakkan setup server sendiri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *