Uruskan VPS Dengan Panel VPS Percuma

Bila uruskan vps sendiri.

Bermakna semua benda kita kena buat sendiri. Dengan panel vps, kerja untuk uruskan blog dan uruskan web dalam vps akan jadi lebih mudah.

Jika anda mahu mencuba setup vps sendiri, saya cadangkan 2 panel vps percuma ini.

Iaitu VestaCP dan HestiaCP.

VestaCP vs HestiaCP

Sebelum belajar setup vps sendiri, saya bermula dengan shared hosting. Disebabkan kekangan pada shared hosting, saya mula belajar tentang vps pula.

Setelah mencuba beberapa panel vps, akhirnya saya pilih untuk guna VestaCP sebelum saya beralih kepada HestiaCP selepas itu.

HestiaCP ini asalnya diubahsuai dari VestaCP. Jadi kedua-dua panel ini lebih kurang saja.

Siapa yang biasa gunakan VestaCP, pasti tidak akan ada masalah untuk gunakan HestiaCP.

Ada beberapa feature pada HestiaCP lebih memudahkan berbanding VestaCP. Antaranya, di HestiaCP kita boleh setting supaya auto redirect dari http ke https.

Apa yang best?

Secara peribadi, saya lebih suka user interface (UI) VestaCP berbanding UI HestiaCP.

Kedua-dua panel vps ini percuma.

Kedua-duanya boleh di install di vps spesifikasi rendah. Vps dengan 512mb memory mampu untuk menjalan fungsi VestaCP dan HestiaCP tanpa sebarang masalah.

Waktu awal-awal dulu, saya guna vps dengan 512mb memory. Sekarang saya dah gunakan vps dengan 1gb memory pula.

Setakat ini vps yang saya setup masih lagi okey. Cuba kadang-kadang ada isu bila ada plugin yang guna banyak resourceserver jadi tak responding.

Apa yang tak best?

Anda ada beberapa pilihan.

Satu, pakai panel vps yang ada feature file manager secara built-in. Panel vps ada yang berbayar dan ada yang percuma. Sewaktu memilih kena pastikan panel itu sesuai dengan spesifikasi server.

Dua, install file manager di vps. Ini pun ada pilihan percuma dan berbayar. Cuma agak sedikit leceh kerana anda kena buat kerja lebih untuk install file manager.

Tiga, guna software pihak ke-3 untuk akses server. Saya sendiri gunakan cara ini untuk upload fail ke server atau download fail dari server. Contohnya, saya gunakan software WinSCP untuk download atau upload ke server.

Akhir Kata

Jika anda sedang belajar nak uruskan vps sendiri, cuba 2 panel vps ini dulu. Jika anda ada budget lebih, boleh cuba alternatif panel vps berbayar seperti RunCloud.