Misteri Alibaba Cloud...

Dah 2 tahun lebih saya gunakan vps untuk host semua blog dan web. Setakat Oktober 2019, saya dah cuba vps Digital Ocean, Vultr dan AliBaba Cloud.

Antara 3 provider ini, saya masih guna vps dari Digital Ocean dan Alibaba Cloud.

Bulan depan, cadangnya saya nak cuba pula vps Upcloud untuk gantikan vps Alibaba Cloud sedia ada.

Sebab apa tukar?

Saya host blog saya di 2 vps.

1 host dekat Digital Ocean. 1 lagi host dekat Alibaba Cloud.

Dua-dua vps ini okey.

Cuma saya hadapi 1 isu di Alibaba Cloud yang mana saya tak rajin nak godek.

Apa isunya?

Server not responding.

Ini saja isunya.

Ada masa tertentu... server tak responding. Akses guna ssh tak boleh… Akses guna panel vps pun tak boleh.

Kesan paling tak best...

Semua blog dan web dalam vps ini tak boleh diakses.

Nak selesaikan isu ini mudah. Kita hanya perlu restart server. Lepas restart nanti server akan kembali beroperasi seperti biasa.

Punca terjadi memang boleh agak. Terlebih guna resource vps. Sebab ada plugin WordPress yang saya install, guna banyak resource.

Tapi ini setakat agak sajalah.

Penutup

Moga lepas ini isu server tak responding ini tak berulang lagi.

Jika tidak... mungkin sudah tiba masanya untuk upgrade server ke spesifikasi yang lebih tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *