2 Idea Kerja Sambilan Di Rumah Untuk Jana Pendapatan

Apa kerja sambilan di rumah yang boleh kita buat?

Ada banyak kerja sambilan yang boleh dibuat dan berpotensi untuk bantu kita menjana pendapatan tambahan.

Dalam artikel ini saya ingin mengajak anda melihat peluang kerja sambilan sebagai ghostwriter yang mempunyai potensi yang sangat besar untuk diterokai.

Kerja Sambilan Di Rumah Sebagai Ghostwriter

kerja sambilan di rumah tanpa modal sebagai ghostwriter

Apa itu ghostwriter?

Ghostwriter juga dipanggil sebagai seorang penulis upahan. Ghostwriter buat duit dengan menukarkan perkataan menjadi wang.

Sebagai seorang penulis upahan, anda akan bekerja dengan klien yang memerlukan servis untuk kerja-kerja menulis.

Apa yang membezakan ghostwriter dengan penulis biasa?

Beza paling ketara antara dua penulis ini adalah ghostwriter sebagai seorang penulis upahan tidak meletakkan nama mereka pada hasil penulisan mereka.

Selepas kerja siap dan menerima bayaran penuh, hasil tulisan anda akan dianggap ditulis oleh klien anda walaupun sebenarnya anda yang tulis.

Potensi kerja sambilan sebagai ghostwriter sangat besar.

Apa sahaja yang kerja yang memerlukan penulis, semua ini boleh ditawarkan sebagai servis menulis sebagai ghostwriter.

Apa kerja yang boleh anda cuba?

Kerja Sambilan Update Fanpage

Anda boleh cuba menawarkan servis update fanpage.

Siapa klien paling ideal untuk servis update fanpage?

Klien paling ideal pastilah klien yang boleh bayar kita untuk servis yang ditawarkan. Antaranya adalah pemilik bisnes. Mereka ini mampu untuk bayar servis kita.

Pemilik bisnes biasanya sangat sibuk. Sebab ada banyak benda hendak diurus. Tak cukup tangan. Ada di antara mereka ini tak sempat nak update fanpage bisnes mereka.

Kita boleh tawarkan servis update fanpage untuk bantu mereka.

Cuba lihat di sekeliling anda, ada tak bisnes yang belum ada fanpage?

Kita boleh cuba tawarkan servis buat fanpage dan servis update fanpage kepada mereka.

Boleh buat beberapa pakej. Servis update fanpage dua kali sehari, tiga kali sehari, atau lima kali sehari.

Skop kerja dan harga nanti anda boleh bincang dengan klien.

Tiada harga tetap.

Anda boleh runding dengan klien.

Harga servis ini anda boleh tentukan sendiri. RM300 sebulan, RM500 sebulan atau lebih lagi. Lebih banyak kerja yang perlu dilakukan, lebih tinggi harga yang boleh anda cas kepada klien.

Boleh tambah dengan servis lain jika anda kemahiran lain seperti buat video dan buat grafik. Boleh cas ekstra untuk servis tambahan ini.

ghostwriter kerja sambilan menulis resume kerja

Kerja Sambilan Menulis Resume

Apa lagi yang boleh dicuba dengan servis menulis?

Tawarkan servis menulis resume.

Setiap tahun ramai graduan keluar dari pusat pengajian menuju ke alam pekerjaan. Kepada mereka ini kita boleh tawarkan servis menulis resume.

Prospek klien kita terdiri dari lepasan SPM, diploma dan juga ijazah sarjana muda. Atau sesiapa sahaja yang memerlukan servis menulis resume kerja.

Ada di antara mereka ini sanggup bayar RM10-RM20 untuk template resume sahaja. Sedangkan template resume ini kita boleh cari secara percuma sahaja di internet.

Bila anda tawarkan servis menulis resume, tawarkan servis tulis dan susun resume kerja mereka serta convert sekali resume mereka terus ke format pdf.

Tawaran anda pasti akan nampak lebih menarik kan?

Nanti boleh beri kepada klien resume dalam format word dan juga pdf.

Antara kesilapan calon yang memohon kerja adalah mereka menghantar resume mohon kerja dalam format word.

Seronokkan dapat bantu mereka yang sedang cari kerja dengan menawarkan servis menulis resume?

Persediaan Menjadi Seorang Ghostwriter

Sebelum mula menawarkan servis menulis, mula dengan sediakan dulu beberapa contoh hasil tulisan anda. Jika kita tak buat pun boleh sebenarnya.

Tapi bila ada contoh hasil kerja nanti ia akan bantu kita untuk lebih mudah close sale dengan bakal klien. Sebab itu portfolio ini penting bagi meyakin mereka.

Tak perlu buat banyak pun.

Anda boleh mula dengan menulis status di Facebook. Tulis dan update status FB dengan artikel dalam pelbagai topik. Atau tulis dalam satu topik sahaja jika mahu dilihat sebagai pakar dalam bidang tersebut.

Tulis artikel dengan gaya yang pelbagai.

Yang penting portfolio ini mesti boleh dilihat secara publik dan boleh diakses pada bila-bila masa oleh bakal klien.

Anda juga boleh buat sebuah blog khas untuk portfolio anda.

Kelebihan buat blog nanti kita boleh susun setiap artikel mengikut kategori. Lebih mudah untuk bakal klien melihat hasil tulisan anda.

Mulakan Kerja Sambilan Di Rumah Sekarang

Jika anda tidak berminat menawarkan servis menulis, anda boleh cuba fikir servis lain yang mudah untuk anda mula.

Yang penting boleh terus buat sekarang.

Ketika baru mula tawarkan servis, fokus untuk cari pengalaman dan bina portfolio terlebih dahulu berbanding upah. Pengalaman menyiapkan tugasan untuk klien akan membuatkan anda akan lebih yakin untuk menawarkan servis.

Ramai yang dah berjaya jana pendapatan dari kerja sambilan di rumah.

Ada di antara mereka ini akhirnya berhenti kerja untuk fokus sepenuh buat kerja sambilan mereka kerana kerja sambilan mereka berjaya memberikan pulangan lebih dari gaji mereka.

Apa kerja sambilan yang anda fikir anda boleh tawarkan?