Belajar SEO Dengan Cabaran SEO WCB

Nak belajar SEO?

Buatlah SEO.

Bila kita buat sendiri, kita akan lebih mudah untuk faham dan hadamkan maklumat berkaitan SEO berbanding bila kita tak amalkan langsung.

Bila baca saja atau bila dengar saja.

Kita mungkin tahu tapi kita masih belum cukup faham tentang seo.

Mungkin ada betulnya kata Confucius.

I hear and I forget.
I see and I remember.
I do and I understand.

Saya dengar dan saya lupa.
Saya lihat dan saya ingat.
Saya buat dan saya faham.

Sebab itulah saya ambil keputusan untuk masuk cabaran seo ini. Saya nak tahu SEO, faham SEO dan amalkan SEO.

cabaran seo wcb

Belajar SEO Secara Santai

Jika anda nak belajar seo secara santai, anda boleh cuba masuk Cabaran SEO WCB. Cabaran SEO ini sesuai untuk mereka yang masih baru dalam dunia blogging dan ingin belajar seo secara praktikal, bukan belajar teori semata-mata.

Jangan risau jika anda masih zero pasal SEO.

Insyaallah, tak akan ada isu anda blur tak tahu nak buat apa bila anda sertai cabaran ini.

Anda akan diberikan panduan dan tugasan apa yang perlu dibuat.

Saya sendiri pun masuk bertanding untuk cabaran ini.

Hasilnya siaplah satu artikel tentang kerja sambilan di rumah bertajuk “2 Idea Kerja Sambilan Di Rumah Untuk Jana RM10-RMxxx”.

Tapi itu baru permulaan.

Lepas ini nak kena buat beberapa artikel lagi untuk support artikel pertama yang dah siap sebelum ini.

belajar asas buat blog

Asas Buat Blog SEO

Jika anda masih baru dalam SEO jangan takut untuk masuk cabaran seo ini.

Sebab Tuan Azham Zanal, penganjur cabaran ini dan orang kuat di sebalik Blog Pakar SEO Tempatan ada sediakan sekali panduan asas bagaimana nak mula.

Panduan dalam bentuk artikel dan juga video ada disediakan untuk bantu tingkatkan pemahaman anda tentang SEO.

Mula-mula anda akan didedahkan tentang keyword (kata kunci) terlebih dahulu sebelum didedahkan dengan maklumat lain.

Kata kunci sangat penting.

Kalau kita salah pilih mungkin kita akan buang masa sahaja sebab cuba untuk rank keyword yang tak sesuai.

Cara nak beli domain dan hosting pun ada ditunjukkan sekali tahu.

Lepas anda baca artikel dan tonton video, anda boleh praktikkan untuk cabaran seo ini. Dan jika masih ada masalah, anda boleh tanya terus dalam group support untuk dapatkan bantuan.

Ada hadiah bernilai hampir RM13,000 sedia untuk dimenangi oleh para peserta yang masuk bertanding.

Bagi saya, hadiah paling menarik adalah private coaching belajar seo secara one to one selama 2 hari dengan Tuan Azham sendiri. Tuan Azham dah terlibat secara full time dalam perniagaan internet sejak dari 2009.

Siapa tak suka peluang belajar sendiri dengan orang yang dah berjaya buat duit online dari rumah.

Kan?

Salah seorang sponsor cabaran ini, Puan Salwa juga merupakan seorang full time blogger yang berjaya jana pendapatan dari blog setiap bulan. Anda boleh baca kisah Puan Salwa dan kenali para sponsor yang lain di sini: https://klmu.info/sponsors

belajar asas buat blog

Pengalaman Blogging

Izinkan saya kongsi sedikit pengalaman blogging saya.

Saya ada sedikit pengalaman blogging. Tak banyak pun.

Dulu saya pernah blogging di dua domain ini, unactive.com dan akulearn.com. Dua-dua domain ini saya biarkan expired selepas saya berhenti menulis blog.

Saya tak renew domain dan hosting mungkin sebab blog tersebut tiada trafik dan tiada pendapatan lagi. Kalau renew pun rasa kurang berbaloi.

Unactive.com adalah domain pertama yang saya beli dan akulearn.com adalah domain kedua yang beli untuk blogging.

Saya mula blogging di blogger.com sebelum beralih ke Self Hosted WordPress.

Saya tidaklah pakar tapi boleh buat blog WordPress dan buat website sendiri untuk kegunaan peribadi. Kadang-kadang ada juga ambil upah buat website untuk klien dan kawan-kawan guna WordPress.

Buat masa ini ini saya memiliki satu blog niche kerjaya yang menunjukkan hasil tapi pendapatannya belum stabil.

Kadang-kadang ada.
Kadang-kadang tak ada.

Kadang-kadang cukup untuk renew domain dan hosting.
Kadang-kadang kena tambah duit sendiri untuk renew domain dan hosting.

Isu utama yang saya perlu selesaikan dalam blogging adalah konsisten menulis dan dapatkan trafik ke blog.

Bahagian konsisten menulis sedang diusahakan. Sekarang saya menulis minima satu artikel seminggu.

Tapi bahagian bawa trafik ke blog masih on-going.

Harapan saya masuk cabaran seo ini supaya saya dapat memahami seo dengan lebih baik. Harap boleh tarik trafik percuma dari Google banyak-banyak  ke blog dan boleh jana pendapatan tambahan dari hasil jualan di blog.

Penutup

Terima kasih kerana baca artikel ini.

Walaupun tiada jaminan akan menang dalam cabaran seo ini, setiap peserta yang membuat tugasan yang diminta pasti akan dapat belajar sedikit sebanyak tentang seo untuk blog.

Leave a Comment